Seperti yang
dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman
dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan sekolah.
Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan
bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di SMKP. Dengan ini mereka
dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea
baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan
kepada sekolah khasnya dan kepada penduduk kampung amnya.
Jika difikirkan
semula, sebuah sekolah yang telah berusia sepatutnya mempunyai satu persatuan
khas untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajarnya bagi memastikan kewujudan
sekolah ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan kepada orang ramai di
sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian dengan keadaan semasa
di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang
berlaku di sekolah.
Alumni juga
mampu menjadi satu organisasi penting yang membawa pengaruh besar kepada
golongan muda yang kini dilihat sibuk melakukan hal masing-masing sahaja.
Golongan muda ini yang juga terdiri daripada bekas pelajar-pelajar SMKP perlu
ditarik menyertai aktiviti sekolah bagi membawa impak yang lebih besar kepada
kemajuan sekolah kerana mereka dapat dilihat sebagai satu lapisan yang satu
hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan PIBG dan sekolah. Apa yang
diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah memperkukuhkan
perjuangan PIBG yang sedia ada.
Pihak sekolah
sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di
sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak sekolah mencapai
matlamat sebagai pusat ilmu utama. Hanya alumni dapat merealisasikan
harapan ini kerana ia tidak terhad kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.
No comments:
Post a Comment