Objektif Penubuhan



Alumni diharap  bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar SMKP, malah membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :

  1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah.
  2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian.
  3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber kewamgan, pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah.
  4. Menjadi satu saluran selain PIBG untuk penduduk setempat menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak sekolah. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik.
  5. Menjadi kaki dan tangan sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
  6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi SMKP.
  7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
  8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan.

No comments:

Post a Comment